Thursday 11 June 2015

Penjagaan Wajah Enfuselle

Enfuselle merupakan salah satu set penjagaan wajah selain daripada NutriWhite. Set ini khas untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kulit yang bermasalah dan sangat sensitif.

Sebelum mencuba set ini, disarankan supaya anda semua kenali dulu jenis kulit masing-masing kerana Set Enfuselle ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

  1. Set Kulit Normal hingga kering
  2. Set Kulit Normal hingga berminyak

Sesiapa yang mempunyai masalah jerawat / kulit sensitif / kulit kering yang agak teruk memang disarankan menggunakan set ini.




 "*NORMAL TO DRY SKIN*" : 

Sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif.
Terdiri daripada :


1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.

  * Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  * Mencerahkan tona kulit
  * pH yang seimbang
  * Hipoalergenik


2) Hydrating Toner : 
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.

  * Terbukti secara klinikal
  * Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  * pH yang seimbang
  * Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  * Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


3) Hydrating Moisturizer : 
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta. 

Terbukti secara klinikal:
  * 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  * 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  * 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  * Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  * Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  * Hipoalergenik


4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.  

Terbukti secara klinikal:
  * 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  * 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  * 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  * 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  * Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  * Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  * Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  * Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.




*"NORMAL TO OILY SKIN":

Sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif.
Ianya terdiri daripada :


1) Purifying Cleansing Gel :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  * Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  * Mencerahkan tona kulit
  * pH yang seimbang
  * Hipoalergenik


2) Purifying Toner : 
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  * Terbukti secara klinikal
  * Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  * pH yang seimbang
  * Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel5
  * Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  * Membantu mengawal kulit berminyak
  * Hipoalergenik


3) Balancing Moisturizer : 
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:
  * 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  * 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  * 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  * Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  * Hipoalergenik


4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus 

Terbukti secara klinikal:
  * 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  * 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  * 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  * 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  * Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  * Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  * Juga sesuai untuk bahagian leher dan
  * Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.








Untuk pembelian dan konsultansi :
WhatApps : 017 7533563
PM FB : Tuan Putri Nurr 


Wednesday 3 June 2015

Kesan Pengambilan Vitamin C dan Vitamin E

Bagi yang masih tercari-cari vitamin atau supplement untuk kulit, vitamin C dan E Shaklee adalah pilihan yang tepat kerana semulajadi, selamat dan berkesan.

Bulan ni ada PROMOSI ye!

Sebelum tu saya belanja 1 testimoni dulu untuk  semua.




7 KEBAIKAN UTAMA Vitamin C

  1. Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  2. Memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam pada kulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  3. Peningkatan Sistem Imun. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  4. Memerangi kanser. Vitamin C ialah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  5. Mencantik dan mencerahkan kulit. Pengambilan Vitamin C yang konsisten setiap hari akan membantu kulit menjadi lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  6. Memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  7. Mengekalkan kolestrol sihat dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


 Pengambilan Vitamin C + Vitamin E + Vitamin B


Ok kita tengok pula kebaikan Vitamin E


9 KEBAIKAN UTAMA Vitamin E

  1. Vitamin E terkenal sebagai antioksida yang baik. Ia menghalang kehadiran radikal bebas dalam tubuh kita. Radikal bebas yang akan merosakkan sel-sel badan ini adalah punca kepada pelbagai penyakit seperti kanser khususnya kanser prostat.
  2. Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
  3. Vitamin E dikatakan sebagai vitamin untuk awet muda kerana ia melambatkan proses penuaan. Sifatnya sebagai antioksida menghalang kehadiran radikal bebas yang merosakkan sel dan seterusnya membuatkan seseorang itu nampak tua sebelum usia. Ia juga membantu fungsi pembaikan DNA serta memberi perlindungan kepada sel2 badan yang mana akan membantu kulit, jantung, otot dan sel merah dalam keadaan sihat.
  4. Vitamin E turut membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Oleh itu, ianya amat sesuai bagi ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah nipple crack atau puting melecet. Pengambilan Vitamin E secara teratur dapat mencerahkan bahagian puting yang telah menjadi gelap berikutan kehamilan serta mengurangkan kesan regangan kulit atau stretch mark.
  5. Vitamin E turut dikatakan sebagai vitamin kecantikan kerana membantu menghilangkan parut dan jeragat serta membantu kulit berseri. Ia juga dapat menghalang sunburn sekiranya diambil bersama2 vitamin C.
  6. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit dan seterusnya mengelakkan kekeringan, kegatalan dan kulit yang merekah.
  7. Masalah kedinginan atau low sex drive yang sering dialami oleh ibu-ibu menyusu berikutan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi dapat diatasi dengan pengambilan vitamin E. Selain itu, vitamin E juga dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat. Sebab itulah vitamin E turut dikenali sebagai vitamin cinta.
  8. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, Vitamin E dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat PMS.
  9. Pengambilan 100iu vitamin E sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Manakala pengambilan sekurang-kurangnya 400iu sehari dapat menghalang risiko penyakit Alzheimer. Vitamin E Shaklee mengandungi 400iu dalam satu kapsul.



Lagi satu jangan salah sangka ya. Vitamin ni bukan untuk kaum perempuan sahaja tetapi perlu diambil oleh semua untuk menampung keperluan badan kita.

Ada beberapa set yang saya cadangkan mengikut keperluan masing-masing

1. Vit C + Vit E
2. Vit C + ESP
3. Vit C + Vit E + Vit B
4. Vit C + Vit E + ESP
5. Vit C + Vit E + GLA

Untuk konsultansi penuh boleh terus hubungi saya
WhatApps : 017 7533563
FB : Tuan Putri Nurr

Thursday 21 May 2015

Kadar Metabolisma Mempengaruhi Berat Badan

===============================
Dia makan banyak tapi maintain kurus
Saya makan sikit tapi tak kurus-kurus
===============================

Jika anda mengalami masalah seperti dibawah :-
1. Hadapi masalah metabolisme yang rendah?
2. Dah cuba diet sendiri tapi gagal?
3. Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal?

Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.

Tahukah Anda?Kemungkinan kadar metabolisma anda kurang. Itu menyebabkan proses menurunkan berat badan tidak begitu berjaya.

==================================================
ADA CARA UNTUK TINGKATKAN KADAR METABOLISMA
==================================================


Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda. Ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).

Fungsi ekstrak yang ada dalam Cinch Energy Tea


1) Matcha Green Tea
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori sehingga 4x
2) Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisme
  • juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) Rooibos Red Tea
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol 
  • pejuang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


Untuk maklumat dan konsultansi boleh hubungi saya
WhatApps : 017 7533563
FB : Tuan Putri Nurr

Wednesday 20 May 2015

Siapakah Sebenarnya Pengasas Shaklee?


Siapa pengasas SHAKLEE? 

"DR Forest C Shaklee"

Tapi siapa dia yang nama nya masih di sebut hingga sekarang?

Kalau google berkenaan pengasas Shaklee pelbagai info akan anda perolehi. Dari awal lahir hingga tertubuh nya syarikat SHAKLEE itu sendiri.




Di lahirkan pada bulan November 1894
Dan disahkan mempunyai penyakit batuk kering. Keluarga nya membuat keputusan berpindah dari kawasan bandar dan hidup di kawasan ladang yang mempunyai udara yang segar, sumber makanan yang bersih dan air yang tidak tercemar. Ini kerana keluarganya percaya faktor semulajadi adalah Faktor terbesar dalam baik pulih kesihatan anak mereka. Kesihatan anak mereka semakin pulih walau pun perlahan. Semua nya dilakukan secara semulajadi dan alami.

Itu secara ringkas sejarah awal kelahiran seorang pengasas kepada produk yang hebat ini.
Dan jika dilihat dari kecil beliau sudah didedahkan dengan Perkara semulajadi, dimana ianya adalah proses penyembuhan yang terbaik.
Dan jadi tidak hairan kenapa produk SHAKLEE sendiri berasaskan bahan semulajadi yang terbaik.


Fasa sebelum tertubuh nya syarikat SHAKLEE. 

Dr. Forest C Shaklee, banyak membuat kajian bagaimana mencegah itu adalah lebih baik merawat. Bagaimana cara hidup semulajadi itu akan memberi kesan yang baik kepada kesihatan.
Beliau menolak pengambilan ubat ubatan bersumberkan dadah kerana itu semua hanya menyembunyikan simptom tidak menyembuhkan sesuatu penyakit itu.
Dan tujuan utama penubuhan SHAKLEE adalah, beliau ingin orang lain turut sama mengubah gaya hidup ke arah semulajadi dengan memperkenalkan produk kesihatan yang bersumberkan bahan semulajadi bagi menaiktaraf tahap kesihatan masyarakat dunia.

Maka pada tahun 1956 tertubuhnya Shaklee.

Dr Shaklee dan keluarganya mengasaskan perniagaan bukannya untuk mengaut keuntungan, tetapi ingin menolong orang untuk hidup lebih sihat
Prinsip utama Dr Shaklee adalah produknya haruslah menjadi yang terbaik dan memenuhi kehendak sebenarnya dan bukan semata-mata secara luarannya.
Beliau percaya komunikasi secara individu merupakan cara yang terbaik untuk menerangkan kelebihan aspek kesihatan.

Dr Shaklee berkata “We teach some, and they teach other to teach other to teach other” . Merek mendengar dan memberitahu yang lain. Walaupun tidak menjadi jurujual secara rasmi, tetapi maklumat dapat disebarkan dengan berkesan.

Inovasi Dr Shaklee tidak berakhir dengan nutrisi sahaja, bahkan dia mempraktikkan konsep "living with harmony with nature” dalam penjagaan rumah. Beliau telah memperkenalkan rangkaian pencuci yang boleh dibiodegrasi sebelum kempen pemeliharaan alam sekitar di war-warkan di serata dunia.

Dan kini usia JENAMA SHAKLEE adalah 59 tahun di JAMIN BERKUALITI dan SELAMAT


Hubungi saya jika anda berminat untuk dapatkan produk dari rangkaian Shaklee.

WhatApps : 017 7533563 (Nurul)
PM di FB : Tuan Putri Nurr

Monday 18 May 2015

Set Berpuasa : Kekal Cergas


Bulan depan nak masuk ramadhan dah
Dah bersedia nak berpuasa ke?

Yang gastrik, anak-anak yang baru nak mula nak belajar berpuasa tu jangan risau. Dengan Set Berpuasa Shaklee anda pasti kekal cergas dan bertenaga sampai petang. Insyaallah dengan Izin-Nya.


Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga suplemen ini:-


[✿] ESP -
Didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini adalah:-

✔ Bantu kekal bertenaga sepanjang hari.
✔Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
✔Sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Pasti cun di pagi raya nanti.
✔ Gabungan kalsium dan protien di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang bulan ramadhan.


[✿] Performance Drink –
Rasa oren yang menyegarkan!

✔ Rumusan esklusif Opticarb member kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
✔ Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.
✔ Jika diminum selepas berbuka Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur.


[✿] Mealshakes –
Berperisa vanila yang pasti memikat rasa! Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.

✔ Sumber kaya dengan kalsium, dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa.
✔ Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.


Testimoni




Jom dapatkan SET INI dengan harga DIJAMIN TERBAIK di pasaran!

Maklumat lanjut hubungi :
017 7533563 (whatApps)
FB : Tuan Putri Nurr


Tuesday 12 May 2015

Inch-Shake Turunkan Berat Badan Secara Berkesan dan Selamat


Ramai yang teruja untuk kurus dengan cepat sehingga tidak sedar telah mengabaikan keselamatan diri masing-masing.

Ini cara untuk turunkan berat badan secara berkesan dan selamat. Ingat ini yang perlu diberi keutamaan. BERKESAN & SELAMAT. Simpan dalam memori masing-masing dua perkataan tu sebelum mencuba produk kurus ye.




Cinch Shake 

Perisa coklat, vanilla dan café latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan anda tak menggeleber setelah berat badan turun nanti.



Cinch Shake merupakan protein yang diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet.


Kenapa Cinch Shake perlu dijadikan pilihan?




Untuk kesan yang lebih optimum boleh diambil bersama dengan Omega Guard / Alfalfa / Herb-lax.

*** Inchloss tidak boleh diambil oleh ibu mengandung dan menyusu


Testimoni






Untuk pembelian boleh hubungi :
017 7533563 - WhatApps / Telegram
PM FB :  Tuan Putri Nurr

Thursday 7 May 2015

Skincare Semulajadi NutriWhite


Tahukah anda?

Shaklee juga mempunyai rangkaian penjagaan kulit. Set penjagaan kulit Shaklee antara yang menjadi pilihan ramai kerana selamat, semulajadi dan berkesan tanpa bahan kimia yang berbahaya, tanpa paraben dan halal

Antara sebab set penjagaan kulit Shaklee menjadi pilihan ramai:- 

✔ Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
✔ 3 tahun pembangunan produk
✔ Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
✔ Ujian yang menyeluruh
✔ Ramuan gabungan yang optimum
✔ Selamat dan berkesan
✔ Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
✔ Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.





Gentle Deep Foaming Cleanser

Kod Produk:14581 (150ml)
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan


Gentle Action Makeup Remover

Kod Produk:14580 (150ml)
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan
  • Sesuai untuk yang mempunyai masalah blackhead / whitehead

Penggunaan 1 tiub : 6-8 bulan (bergantung kepada penggunaan) . Hanya sedikit sahaja sudah memadai.

Tiada bau kerana tiada pewangi tiruan. Sebab itu saya katakan ianya semulajadi dan tanpa bahan kimia berbahaya.

Set ini sesuai untuk kulit normal / kombinasi yang tidak serius / jerawat yang sedikit



TESTIMONI





Maklumat Lanjut :
WhatApps / Telegram 017 7533563
PM FB : Tuan Putri Nurr

Monday 4 May 2015

Collagen Powder Terhebat

Cerita berkenaan Collagen, semua yang mementingkan kecantikan semestinya akan teruja.
Jika kita lihat dalam pasaran sekarang bermacam jenis, bermacam brand collagen ada di pasaran. Tetapi sejauh manakah keberkesanannya? 

Sebelum itu, apa Collagen sebenarnya?

Collagen adalah protein yang terdiri daripada asid amino yang khusus iaitu prolin, hidroxyprolin dan juga arginine yang di dalamnya merupakan adalah binaan struktur karbon, oksigen dan hidrogen. Badan manusia merangkumi hampir 30% protein yang terdiri daripada collagen yang didapati  hampir dalam kesemua anggota badan terutamanya di dalam tulang, tendon dan juga ligamen





Shaklee Collagen Powder berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran matahari dan pencemaran alam sekeliling menjadi faktor collagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula. Kesannya kehilangan collagen pada kulit mengakibatkan kulit menjadi kendur berkedut, kuku juga mudah patah dan turut menyebabkan rambut semakin nipis dan tidak bermaya. Shaklee Collagen Powder mengandungi nutrisi penting untuk menyerlahkan kecantikan dalaman, kejelitaan wajah dan keanggunan anda :).


Diantara kebaikan Shaklee Collagen Powder termasuk:-

  • Membantu menghasilkan collagen yang amat diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan juga salur darah. 
  • Menggalakkan kulit menjadi lebih tegang, anjal, gebu dan lembut. 
  • Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar. 
  • Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi.






7 Ramuan Semulajadi  Shaklee Collagen Powder 

Shaklee collagen powder adalah supplemen collagen yang unggul, mengandungi 4,000mg collagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis collagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. 

Kolagen Shaklee / Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular collagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis collagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, collagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acdophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.



TESTIMONI











Ingin mencuba Shaklee Collagen yang hebat ini?

WhatApps / Telegram 
017 7533563 ( Nurul )
PM FB : Tuan Putri Nurr


Set Penjimatan


Bulan Mei memang banyak betul kejutan yang dibuat oleh pihak Shaklee.
Memang best lah!

Ni antara salah satu kejutan yang dibuat..jeng jeng jeng




Ni la dia set penjimatan tu

  • Set Kesihatan Kehamilan
  • Set Kesihatan Selepas bersalin
  • Set Kurus
  • Set Kekal Sihat & Awet Muda

Kenapa saya cakap ini set penjimatan?

Sebabnya setiap item dalam setiap set diberi diskaun 5%..Setiap item ye.

Nak lagi jimat? 
Daftar ahli RM80 sahaja. (seumur hidup)


Anda akan dapat 2 penjimatan
1. Diskaun 5%
2. Harga ahli - jimat sehingga 20%


Kalau saya jadi anda, saya pilih 2 penjimatan sebab saya tamak!


Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian boleh terus hubungi saya:
whatApps / Telegram : 017 7533563
PM di FB : Tuan Putri Nurr

Wednesday 22 April 2015

Detox Untuk Kesihatan







Dari segi perubatan, detoksifikasi bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toxin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.


Kenapa Perlu Detox?


Keluarkan toksin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.


Mengelakkan penyakit kronik

Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.


Menguatkan sistem imun

Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.


Mengurangkan berat badan

Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.


Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam  dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.


Meningkatkan kualiti hidup

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.


Tingkatkan tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga.


Membaiki tahap kesihatan kulit

Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.


Menyihatkan minda dan emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.


Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.



TAHUKAN ANDA? 

Toksin juga menyebabkan apa yang kita makan / supplement yang kita ambil tidak dapat diserap dengan baik oleh badan kita. 


Bagaimana untuk detox secara semulajadi dengan Shaklee?


Alfalfa Complex

Mencuci darah, hati dan usus. Alfalfa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.


Herb-Lax

Mencuci perut dan usus – Membersihkan najis yang tersekatdan meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan pada mereka yang mudah sembelit.


DTX Complex

Tahukah anda bahawa hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita?
Kerana itu ia perlu diservis setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita.
DTX Complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.






Khidmat Nasihat :
WA 017 7533563 Nurul
PM FB : Tuan Putri Nurr