Saturday, 28 February 2015

Parut Jerawat Tiada Lagi. Kulit Nyata Berseri

Salam dan selamat malam :)

Kenapa kita perlukan vitamin E?



1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragatMembantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanserPengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari. Alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburanBagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah jadi lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.


Kenapa Vitamin E Shaklee berbeza dengan jenama lain di pasaran?

Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.
Setiap kapsul sofgel menyediakan:
  • 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Dah tahu kan apa yang best nya mengenai vitamin E. Untuk kesan yang super duper best add-ons Vitamin C. Boleh dikatakan Vitamin E dan Vitamin C adalah gabungan ideal seperti pasangan suami isteri. Tak lengkap kalau tiada salah satunya. Kalau ada bajet lebih boleh add-ons lagi Vitamin B & ESP.


Nak kulit cantik berseri KLIK SINI




Thursday, 26 February 2015

Testimoni Keberkesanan Vitamin C

Salam Jumaat untuk semua


Hari ni nurr nak belanja testimoni BERJAYA dengan pengambilan vitamin C





Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat, jangan sesekali putus asa. 
Dah banyak produk & skincare yang guna tetapi tak berkesan. Cuba ikhtiar dengan rawatan dari dalam. Ambil supplement bukan untuk kecantikan kulit sahaja tetapi untuk kesihatan juga.






Wednesday, 25 February 2015

Cabaran 30 Hari Dengan Shaklee

Salam dan selamat malam semuA :)

Jangan pelik baca tajuk yang saya tulis.

Sebenarnya semua sahabat yang berikhtiar untuk sihat, saya minta mereka cabar diri mereka sendiri selama 30 hari dengan pengambilan supplement Shaklee secara konsisten.

Selepas 30 hari, cari saya semula dan kongsikan pengalaman cabaran 30 hari dengan pengambilan Shaklee.

Rata-rata yang cari saya tidak sampai 30 hari untuk berkongsi pengalaman merekA. Dengan izin dariNya, Alhamdulilah ikhtiar dengan Shaklee memberi kesan yang positif. Walaubagaimana pun, saya tetap tunggu hari ke 30 untuk dapatkan feedback yang betul-betul berkesan daripada mereka.

Ini saya kongsikan testimoni dari pengambilan sebelum ini dan juga pandangan daripada doktor.


**tak kenal maka tak cinta
Cuba dulu baru tahu


Disini saya cadangkan set bajet untuk sesiapa yang ingin sahut cabaran 30 hari.


*** Klik link di atas untuk membuat pembelian

Tuesday, 24 February 2015

Vivix Tonik Ajaib

Assalamualaikum semua pembaca dan pembeli saya :)
Semoga sihat sentiasa hendakNya.


Ok hari ini saya akan bercerita mengenai kehebatan Vivix dan kenapa ianya digelar Tonik Ajaib.

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.







Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakkan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Jika anda google image, anda akan jumpa begitu banyak testimoni yang BERJAYA!





BELI 2 VIVIX DAN DAPATKAN KEAHLIAN PERCUMA

Cegah Serangan Strok Haba

Cuaca Panas VS Strok Haba?

Negara kita dilanda musim panas.. Cuaca mungkin akan panas melampau sehingga bulan April. Banyakkan minum air untuk mengelakkan terkena serangan strok haba.

Bagaimana strok haba boleh terjadi?

Bagaimana cara untuk atasi?




Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

TERBUKTI SECARA KLINIKAL:
1) Membantu tubuh berhidrasi dengan lebih baik berbanding air!
2) Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina (sila rujuk graf)
3) Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH ‘DEHYDRATE’
4) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet yang ditambah
5) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari. Ia terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Fungsi karbohidrat dalam PD ini membantu menggantikan semula tenaga yang hilang.


Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
  1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.





Monday, 23 February 2015

Hilangkan Masalah Perut Buncit

Salam semua..

Perut buncit? Arghh stressnya. Jangan kata lelaki je yang risau. Perempuan pun bertambah-tambah lah risau. Perut buncit ni secara tak langsung juga akan membuatkan kita rasa confident level kita akan drop.

Kadang-kala bagi orang perempuan, ada yang tanya "Berapa bulan?". Disangkanya mengandung tetapi sebenarnya "mengandungi". Oh sentap!

Kita tertanya-tanya kenapa perut kita buncit sedangkan badan kita takde lah gemuk mana. Bayangkan badan kurus tapi perut buncit. Oh sedihnya T__T


Kenapa perut kita buncit?

Makanan dan minuman yang salah dan tidak seimbang  
  • Pengambilan gula dan makanan yang karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan seperti roti putih, biskut, mee, makanan segera, nasi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pengambilan minuman manis dan bergula tinggi. Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan. Oleh itu untuk mencegah perut buncit kita perlu makan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, roti berserat penuh, beras perang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran.  
  • Perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Oleh itu elakkan makan berat sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur malam.

Pengambilan alkohol atau arak  
  • Ini adalah kerana alkohol ini menganggu enzim serta fungsi metabolisma dalam hati dan juga menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam abdomen. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. Kerana itulah dalam Islam , arak itu diharamkan. Untuk mengelakkan perut buncit , maka janganlah minum arak. 

Stress yang tidak terkawal
  • Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah hormon dan sistem penghadamannya. Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit. Oleh kerana itu , kita perlu mengawal stress dengan banyak beriadah, rekreasi, bersikap positif, hidup beragama dan makan banyak buah-buahan. Kurangkan kopi kerana kandungan kafein yang berlebihan akan meningkat stress. 

Merokok atau penggunaan tembakau 
  • Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.

Tidak aktif secara fizikal  
  • Samada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat. Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. Dengan bersenam selalu, tona otot akan meningkat dan akan membakar kalori yang berlebihan. Disamping itu , senaman juga meningkatkan metabolisma dengan peningkatan paras hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Hormon-hormon ini akan mencegah pengumpulan dalam abdomen yang menyebabkan perut buncit.

Perubahan hormon akibat penuaan 
  • Bagi wanita ia berlaku ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Lelaki mendapat masalah ‘andropaus’ akibat penurunan hormon testosteron, dan diantara tanda-tanda andropaus adalah perut buncit. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang tua yang bertubuh kecil tetapi perutnya buncit. Senaman dan makanan yang baik akan mengurangkan kesan penuaan kepada perubahan hormon.


Bagaimana untuk hilangkan perut buncit dengan lebih berkesan?



Shaklee ada mengeluarkan supplement yang boleh membantu semua. Bukan sahaja untuk menghilangkan perut buncit malah BONUS dapat menurunkan berat badan dan dapat menyihatkan badan kita.








Tuesday, 17 February 2015

Hilangkan Kekakuan Sendi dengan AJHT

Semakin usia meningkat, kita akan mula terasa sakit lutut atau sendi. Kadang-kala rasa berdenyut bila malam tiba atau pun semasa cuaca sejuk.

Pernah tiba-tiba masa tengah baring-baring tengok TV, saja letak tangan atas kepala. Bestkan? Rasa relaks je..tetapi tetiba tak boleh nak betulkan balik tangan. Rasa macam kaku atau sakit. Arghh sudahhh.. terpaksa guna bantuan tangan sebelah lagi untuk betulkan. Itu maknanya sendi kita bermasalah atau dikenali sebagai kekakuan sendi.




Bagaimana untuk kurangkan atau elakkan benda yang sama berlaku lagi?
Dengan pengambilan AJHT




Joint Health Tablet juga mengandungi ekstrak boswellia iaitu gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak boswellia digunakan untuk menyokong sendi sejak berkurun lamanya, yang juga berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
Selain itu, ia juga mengandungi zink, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membekalkan sokongan nutrien dan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glukosaminaglikan.
Advanced Joint Health Tablet adalah 100% berasaskan sayur-sayuran dan bebas gluten.


Kebaikan AJHT
  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Untuk kesan yang lebih baik, anda juga boleh ambil bersama dengan Ostematrix untuk tulang & sendi yang sihat.


Nurul Asnira Mat Nuh
0177533563 - WhatApps
FB: Tuan Putri Nurr

Pembelian daripada pelanggan

Alhamdulillah pesanan susah sampai. 


Ni antara set yang saya belum bagi kat customer

Set Kulit / Kecantikan
Set Resdung
Sembelit ( Herb-lax )
Penjagaan mata ( Caratomax )

Set Sendi & Tulang alhamdulillah dah selamat hantar semalam. (Customer malu pulak nak ambil gambo)

Saya jual ye :)

Nurul Asnira Mat Nuh
0177533563 - WhatApps
FB: Tuan Putri Nurr

Monday, 16 February 2015

Set Mengawal Berat Badan

Salam semua :)

Hari ni saya nak sharing mengenai set kurus Shaklee. Set ni ada beberapa jenis mengikut kemampuan & keperluan masing-masing. 





3 Peringkat Fungsi Set Kurus

BAKAR—>BUANG—-> BINA 

BAKAR
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak.
BUANG
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut badan toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.
BINA
Untuk memastikan otot yang telah terbakar lemak-lemak, otot tersebut perlu dibina semua untuk tidak mengeleber. ESP dan cinch diperlukan pada tahap ini. Cinch juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme otot badan.
Jika Pengambilan ini betul, berat boleh dikurangkan dengan segera dan selamat.


TESTIMONI



Kenapa Shaklee?

Kenapa Shaklee menjadi pilihan ramai orang untuk dijadikan perniagaan?

SATU-SATUNYA

Shaklee merupakan SATU-SATUNYA Syarikat Suplement yang memenangi The Best Nutrition dalam MLM di Malaysia-The Brand Laureate Award For Coporate Branding.


MENARIK

Pelan Shaklee MENARIK,kerana di beri faedah kewangan dan insentif sebagai pengajaran dalam pencapaian sebagai pengedar Shaklee.Juga Shaklee menawarkan pelan khas kepada pemimpin jualan dengan menerima faedah seperti Bonus kepimpinan,Program subsidi kereta,Konvensyen dalam & luar Negara dan pengiktirafan peribadi dalam penerbitan Shaklee.


BERBEZA

Perniagaan Shaklee BERBEZA ,kerana Shaklee telah membentuk formula kejayaan membina sebuah perniagaan yang mengamalkan kombinasi hubungan peribadi dan teknologi moden dengan membekalkan Latihan Eksklusif,pengiktirafan dan membantu mencapai matlamat.


DIJAMIN

Perniagaan Shaklee DIJAMIN halal dan lulus Syariah,kerana pelan jualan Shaklee tidak mengunakan skim pyramid.


PERCUMA

Mereka yang telah mencapai pangkat Supervisor ke atas,mereka layak menerima program konvensyen di dalam /diluar Negara/umrah bagi muslim secara PERCUMA .


BARU

Setiap produk shaklee DIJAMIN selamat digunakan kerana lebih dr 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru. Shaklee sentiasa berusaha & komited untuk menghasilkan produk yang BARU untuk memenuhi keperluan kesihatan penduduk di seluruh dunia.


MENAKJUBKAN

Kemujaraban produk shaklee memang tidak dapat dinafikan lagi dengan tawaran harga yang berpatutan.



Insentif : 
Setiap pembelian, anda akan diberi points UV yang ditukar kepada cash setiap bulan*
Nikmati offer bulanan Shaklee
Dan pelbagai lagi insentif/ganjaran menarik dari Shaklee. Contohnya Program Kereta (terutamanya untuk yang serius) 

Nurul
0177533563
FB: Tuan Putri Nurr
SID

Sunday, 8 February 2015

Mengapa Protein Penting Untuk Kita?

Salam semua..

Apa sebenarnya kelebihan & kebaikan protein sebenarnya?











Nurul
0177533563
FB: Tuan Putri Nurr
SID

Thursday, 5 February 2015

Ostematrix Penyelesaian Terbaik

Salam & selamat malam.
Siapa bekerja? Siang bertungkus lumut di ofis, malam sibuk pula di rumah. Dapat rebahkan badan, fuhh leganya.... Tapi....badan terasa tegang..belakang sakit. Stress tak hilang lagi. Dah jangan risau dah.. Saya nak sharing rahsia nak melegakan semua tu.

Tadaaaa... Apa lagi kalau bukan Ostematrix bukan sekadar kalsium.


Khasiat dan Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah

  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid
  • Magnesium - Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.





Sesiapa ada bajet lebih boleh lah add-on AJHT seperti dalam SET SENDI






Khidmat Nasihat
WhatApps : 0177533563 Nurul
ID 924532
FB : Tuan Putri Nurr

Tuesday, 3 February 2015

PMS oh PMS ~ Bagaimana untuk kurangkan?

Salam & Selamat Pagi

PMS oh PMS atau dikenali sebagai BFF bagi kaum wanita di luar sana. Untung bagi sesiapa yang tiada masalah senggugut. Sakit sampai terganggu aktiviti fizikal & emosi. Angkat tangan siapa yang tak pernah langsung alami senggugut? Percayakah korang semua, hanya perempuan dengan perempuan je yang faham bagaimana sakitnya..hukhukhuk T__T

Time datang sakitnya ni rasa nak bergulung je dalam selimut dalam bilik sorang-sorang sepanjang hari. Time bujang boleh la kan nak buat macam tu. Dah kawin ni pastu kerja lagi kena kuatkan semangat la. Cara nak kurangkan/ hilangkan sakit ni....tadaaaaa.....boleh cuba SET SENGGUGUT ni.




Testimoni sendiri daripada pengambilan set ni secara konsisten, masa nak datang Ms.P tu tak sakit dan tak sedar langsung Ms.P datang. Orang cakap lancar je.... Biasanya sakit senggugut ni datang kalau Ms.P tu nak keluar ketul-ketul, tu yang terasa sakit. Orang tua ada jugak cakap sebab senggugut teruk juga la susah nak pregnant. Betul ke? Wallahualam~ Itu kerja Tuhan.


Fungsi Set Senggugut Shaklee

GLA Complex
  • Pati biji borage iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang mengidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asod lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan tambahan GLA dapat mengurangkan simptom senggugut.
  • Ia juga dapat mengawal kesensitifan payudara dan mengawal keinginan untuk makan makanan yang manis.

Ostematrix
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum Ms.P bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom yang lain.
  • Selain itu, wanita yang mengidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

B-complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5, B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambah aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Juga berfungsi meringankan simptom-simpton fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, rimas dan marah.
  • Vitamin B12 membantu meringankan tekanan, menghindarkan anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.


Bagi yang tidak mempunyai bajet, boleh juga amalkan Ostematrix + GLA atau B-complex + GLA. Yang penting GLA adalah wajib. 

**Bagi yang merancang ingin hamil juga boleh cuba amalkan GLA + B-complex.





Untuk Khidmat Nasihat
WhatApps / Telegram 0177533563 ( Nurul )
SID 924532



Hilangkan Sakit Sendi & Lutut

Salam semua :)

Story ni lama dah 1 tahun berlalu tapi saya baru berkesempatan nak sharing dengan semua. Last year abah saya jatuh pokok dan mengakibatkan sendi di buku lali terkeluar dari tempat asal. Yang lagi worse apabila tukang urut tu telah urut secara agak kasar sehingga tulang kaki abah saya retak & hancur... Kesian abah T___T. Sekarang abah dah tak boleh jalan normal. Kalau jalan laju mesti terhinjut-hinjut sikit.

Masa abah sakit tu saya ada belikan abah Ostematrix dan juga AJHT. Besar harapan saya agar abah akan pulih seperti sedia kala. Masa saya beli ni , abah berdegil tak nak pegi X-ray. Abah cakap abah ok & nanti akan pulih. Masa beli kan Ostematrix ni pun kena paksa supaya makan. Selepas x-ray baru tahu tulang kaki abah retak & hancur sedikit tulangnya. Saya tetap paksa abah makan dua-dua supplement ni supaya cepat baik. Sebabnya :-

AJHT: Memberi manfaat kepad sendi dengan 3 cara iaitu menyokong keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen dan memelihara tisu penyambungan sendi yang sihat

Ostematrix: Membantu untuk kesihatan otot, tulang, dan ligamen. Vitamin D dalam ostematrix membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.  



SET SENDI

Dalam masa yang sama saya turut cadangkan Ma saya ambil Ostematrix untuk tulang sebab Ma selalu mengadu sakit pinggang. Saya mintak Ma makan hari-hari tapi dia cakap dia makan time sakit je (Takut makan ubat). Dia cerita penah satu hari tu sakit pinggang sangat sampai jalan pun terbongkok-bongkok. Bila ambil Ostemetrik, Alhamdulillah sakit pinggang tu hilang :)

Ma saya cakap produk ni sangat-sangat bagus! Dengan bangga dia cerita "Ma makan ubat yang k.long belikan tu la". 

Set Sendi ni juga bagus untuk sesiapa yang sakit lutut, sakit sendi, sakit belakang, kebas-kebas dan lenguh badan. Hadiahkan lah set ini untuk ibu bapa / suami / isteri kita ;)

Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat untuk semua.







Untuk Khidmat Nasihat:
WhatApps 0177533563
SID 924532 (Nurul)

Sunday, 1 February 2015

Resdung Vs Shaklee

Salam & Selamat Petang semua.

Cerita pasal Resdung nih....aishhhh...kesian. Sangat-sangat sensitif dan banyak pantang. Saya sendiri tak pasti samada saya pengidap resdung atau tidak. Apa yang pasti En. suami saya memang menghidap resdung..kalau tengok keadaan dia, saya rasa dah tahap kronik.

Antara masalah yang dihadapi oleh En.suami saya :

  • Ada kala hilang deria bau
  • Sensitif dengan habuk / hama
  • Muka bengkak kalau makan seafood yang tidak segar
  • Selalu bersin pagi-pagi
  • Mata merah & gatal
  • Muka berjerawat
  • Sakit Kepala

Kesian sangat tengok dia. Kadang-kadang saya risau jugak bila dia mengadu hidung tak bau apa-apa. Selalu sangat saya membebel kat dia supaya makan ubat. Kalau takde deria bau nanti macam mana nak cium baby ( Doakan kami dapat anak ye ). At the end saya belikan dia Alfalfa. Vita-C dah ada kat rumah. Jadi gabungkan lah apa Alfalfa + Vita-C.


SET RESDUNG

Alhamdulillah feedback yang sangat bagus dan saya rasa lega. Pagi-pagi dia dah takde bersin / selsema lagi. Dia pun cakap kepala rasa ringan dan lega je. Harap sangat En. Suami saya pulih dari masalah resdung.

Sesiapa yang mengalami masalah resdung boleh la cuba Set Resdung ni. Manalah tahu serasi. Masa mula-mula pun saya belikan untuk En. Suami saya botol yang kecil je Alfalfa tu sebab nak try dulu. Kecil-kecil pun dalam tu ada 330 biji tablet tau! Haaa...banyakkan?





Untuk Khidmat Nasihat:
WhatApps 0177533563
SID 924532 ( Nurul )